Korea Utara terus lancar peluru berpandu jarak jauh

Astro Awani
Disember 12, 2012 20:39 MYT
Di sebalik kencaman antarabangsa, Korea Utara meneruskan pelan melancarkan peluru berpandu jarak jauh yang kedua di bawah pemerintahan Kim Jong Un.
Ujian kali ini menyaksikan 2 peluru berpandu dilancarkan namun satu daripadanya gagal.
Perkembangan itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
“Korea Utara melancarkan roket jarak jauh di tapak pelancaran peluru Dong Chang-Ri terletak di Chulsan-Gun wilayah Pyongan Utara. Pemusnah roket kita Sejongdaewang yang dikerahkan di sebelah Barat mengesan pelancaran tersebut kira-kira pukul 9.52 pagi. Lebih-lebih lagi, pada pukul 9.52 pagi peluru jarak jauh tersebut dilancarkan,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
Di sebalik kegagalan fasa pertama, rejim Komunis Pyongyang mendakwa ia berjaya menempatkan satelit bersama peluru berpandu unha-tiga.
Sekaligus mencapai matlamat pelancaran peluru berpandu terbabit.
Perkembangan ini meresahkan penduduk di sempadan dua korea yang bimbang, perang kembali meletus antara dua negara bersaudara itu.
#Korea Utara #peluru berpandu jarak jauh
;