Korea Utara sifatkan sekatan PBB sebagai 'pengisytiharan perang'

APTN
Disember 24, 2017 05:03 MYT
Pemimpin Korea Utara Kimg Jong Un meninjau program senjata nuklear. - REUTERS
Korea Utara mengecam sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menyifatkannya sebagai satu 'pengisytiharan perang'
Tambahnya, resolusi itu, yang diluluskan secara sepakat oleh kesemua 15 ahli Majlis Keselamatan PBB, adalah ancaman kepada kedaulatan Korea Utara dan menggugat keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.
Ia menolak resolusi yang disifatkan didalangi Amerika Syarikat dan sekutunya.
Kecaman tersebut dikeluarkan Kementerian Luar Korea Utara.
PBB mengenakan sekatan tersebut bermula Jumaat lepas sebagai reaksi kepada siri ujian peluru berpandu balistik oleh Pyongyang.
Sekatan itu akan mengehadkan import petrol Korea Utara sebanyak 90 peratus dan memaksa semua warga Korea Utara di luar negara pulang dalam masa 24 bulan.
#Amerika Syarikat #Kementerian Luar #keselamatan #Korea #Korea Selatan #Korea Utara #North Korea #PBB #petrol #Pyongyang
;