Korea Utara-Selatan di ambang peperangan nuklear

Astro Awani
April 10, 2013 15:17 MYT
Korea Utara menggesa semua syarikat asing dan pelancong di Korea Selatan untuk berpindah segera memandangkan kedua-dua Korea itu kini di ambang peperangan nuklear.
Amaran oleh Jawatankuasa Keamanan Asia-Pasifik Korea Utara dilihat mirip dengan ancaman yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Amaran berkenaan disampaikan dalam satu siaran televisyen.
Penganalisis menyifatkan, tindakan Pyongyang itu bertujuan untuk meningkatkan imej Presiden Kim Jung Un selain mendesak perubahan dasar Seoul dan Washington terhadap negara Komunis itu.
Bagaimanapun mereka tidak yakin, serangan langsung terhadap Korea Selatan akan berlaku.
#Korea Selatan #Korea Utara #peperangan nuklear #pindah #syarikat asing
;