Korea Utara sambut ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Pekerja

Agensi
Oktober 12, 2020 22:42 MYT
Sambutan gilang-gemilang itu turut dihadiri pemimpinnya, Kim Jong Un yang menyaksikan persembahan dipanggil "Great Guidance". Foto: AP
KOREA Utara meraikan ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Pekerja di Stadium May Day Pyonyang pada Ahad malam.
Sambutan gilang-gemilang itu turut dihadiri pemimpinnya, Kim Jong Un yang menyaksikan persembahan dipanggil “Great Guidance”.
Persembahan tersebut melibatkan ribuan artis, kebanyakan daripada golongan muda yang mengambil bahagian dalam tarian dan gimnastik.
Korea Utara mengimport persembahan besar-besaran ini dari negara-negara sosialis bersaudara pada zaman Soviet.
Pertunjukan tersebut dimulakan pada tahun 2002 dengan persembahan bernama "Arirang" yang dinamakan sempena lagu rakyat yang popular di Korea Utara dan Selatan.
#Korea Utara #Kim Jong Un #Korea Selatan #Parti Pekerja #persembahan
;