Korea Utara sambut ulang tahun ke-26 kematian Kim II Sung

Agensi
Julai 8, 2020 23:07 MYT
Sempena ulang tahun tersebut, bendera kebangsaan berkibar separuh tiang, dan rakyat menaiki Bukit Mansu di Pyongyang, yang mana terletaknya patung monumen besar Kim Il-Sung dan Kim Jong-Il. - Foto AP
Ribuan rakyat Korea Utara berkumpul sempena ulang tahun pemergian bekas pemimpin negara berkenaan, Kim II-Sung, sebagai tanda memperingati 26 tahun kematiannya pada Rabu.
Sempena ulang tahun tersebut, bendera kebangsaan berkibar separuh tiang, dan rakyat menaiki Bukit Mansu di Pyongyang, yang mana terletaknya patung monumen besar Kim Il-Sung dan Kim Jong-Il.
Orang ramai bagaimanapun dilihat memakai pelitup muka, beberapa hari selepas pihak berkuasa memberi amaran tentang penyebaran virus COVID-19.
Korea Utara telah menutup sempadannya pada akhir Januari, dan setakat ini tiada jangkitan COVID-19 dilaporkan.
Pada masa sama, Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un, turut dilihat menziarahi makam datuknya itu di Istana Matahari Kumsusa.
Sejak menjadi pemimpin Korea Utara, Jong-Un melakukan ziarah ke makam Kim Il-Sung setiap tahun kecuali pada tahun 2018.
#Korea Utara #koronavirus #North Korea #presiden #Pyongyang #rakyat
;