Korea Utara salahkan Israel punca konflik berdarah di Gaza
Astro Awani
Oktober 10, 2023 07:30 MYT
Oktober 10, 2023 07:30 MYT
MEDIA kerajaan Korea Utara menyalahkan Israel menyebabkan pertumpahan darah di Gaza, membebankan pertempuran tentera antara Israel dan kumpulan Hamas.
Ini adalah kali pertama, Rodong Sinmun menerbitkan artikel ringkas mengenai konflik dan korban, memetik laporan media asing.
Rodong Sinmun ialah jurucakap Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara.
Menurut akhbar itu, masyarakat antarabangsa mendakwa pertempuran yang berlanjutan sekarang adalah akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.
Justeru itu, katanya, jalan keluar asas ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka.
Keganasan yang mengorbankan ribuan mangsa dari kedua-kedua belah pihak mendorong pengisytiharan antarabangsa menyokong Israel dan merayu untuk menamatkan pertempuran dan perlindungan orang awam selepas serangan Sabtu lalu oleh Hamas.
Hamas mengancam melakukan serangan setiap kali Israel mengebom rumah Palestin tanpa amaran ketika mana kebimbangan serangan darat oleh Israel dan sekatan dikenakan ke atas Gaza.
Ia bertindak mengerahkan 300,000 pasukan simpanan, tindak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Media Korea Utara sebelum ini sering berhujah menentang pandangan barat, terutama Amerika Syarikat mengenai isu antarabangsa.
Pada Selasa, media kerajaan mengutuk pasukan bermusuhan di dalam dan di luar Syria kerana serangan dron baru-baru ini menyebabkan ramai menjadi korban di negara itu.
Ia turut menyamakannya sebagai percubaan pengganas untuk menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria.