Korea Utara lancar peluru berpandu ke ruang udara Jepun

Astro Awani
Ogos 29, 2017 08:52 MYT
Korea Utara dilapor telah melancarkan peluru berpandu dari Pyongyang ke arah utara Jepun awal Selasa. -Gambar fail/Reuters
Korea Utara dilapor telah melancarkan peluru berpandu dari Pyongyang ke arah utara Jepun awal Selasa.
Perkara itu disahkan kerajaan Jepun dan Korea Selatan.
Stesen penyiaran NHK Jepun melaporkan peluru berkenaan berkecai dan jatuh ke laut berhampiran Hokkaido.
Bagaimanapun, tiada usaha dilakukan Jepun untuk menembak jatuh peluru berpandu itu yang melintasi ruang udara Jepun pada jam 6.06 pagi.
Dalam pada itu, tentera Korea Selatan berkata peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Sunan berdekatan Pyongyang sebelum jam 6 pagi.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menegaskan kerajaan maklum tentang serangan itu sejurus peluru berpandu berkenaan dilancarkan.
Abe kemudian mengemukakan permohonan supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang tentang tindakan tegas ke atas Pyongyang.
#Korea Selatan #Korea Utara #misil #peluru berpandu #Pyongyang
;