Korea Utara lancar peluru berpandu balistik
Agensi
Mei 4, 2022 15:47 MYT
Mei 4, 2022 15:47 MYT
SEOUL/TOKYO: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke arah perairan timur negara itu, menurut tentera Korean Selatan, kira-kira seminggu selepas negara itu mengumumkan mahu menyegerakan kemapuan nuklearnya.
Terdahulu Ketua Staf Bersama Seoul (JCS) dalam satu kenyataan mengesahkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu itu pada jam 12.93 tengah hari waktu tempatan dari Sunan, Pyongyang. JCS juga melaporkan pelancaran itu yang dipercayai jenis peluru berpandu balistik.
JCS berkata, peluru berpandu itu meluncur sejauh 470 kilometer pada altitud tertinggi 780 kilometer dengan kelajuan Mach 11.
Pelancaran itu merupakan ujian senjata Korea Utara yang ke-14 tahun ini, dan ia berlaku kurang seminggu sebelum Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, mengangkat sumpah.
Pyongyang pada bulan lalu menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) sejak tahun 2017, sekali gus meningkatkan tekanan diplomatik pada negara-negara jiran dan Amerika Syarikat.
JCS juga mendesak Pyongyang untuk segera menghentikan ujian peluru berpandu balistik, yang disifatkan sebagai pelanggaran nyata resolusi Majlis Keselamatam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta meberi ancaman besar ke atas Semenanjung Korea dan rantau itu.
“Tentera kami sedang menjejak dan memantau pergerakan yang berkaitan serta bersiap siaga terhadap kemungkinan pelancaran selanjutnya," kata JCS menerusi teks kepada media.