Korea Utara akan undang pakar asing untuk lupus tapak peluru berpandu
Agensi
September 19, 2018 12:39 MYT
September 19, 2018 12:39 MYT
Korea Utara bersetuju untuk melupuskan kesemua tapak peluru berpandunya secara kekal, dengan bantuan pakar asing.
Reuters yang memetik kata Presiden Korea Selatan Moon Jae In pada Rabu melaporkan, negara pimpinan Kim Jong Un itu sanggup menutup semua kompleks nuklear utamanya jika Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan yang sama.
Bercakap dalam sidang media bersama selepas persidangan di Pyongyang, Moon dan Jong Un berkata mereka bersetuju untuk menjadikan Semenanjung Korea sebuah ‘negara aman tanpa senjata dan ancaman nuklear’.
Jong Un berkata, beliau akan melawat Seoul pada masa akan datang, dalam satu kunjungan sulung ke ibu negara itu oleh seorang pemimpin Korea Selatan.
Jong Un dalam pertemuan dengan Jae In sebelum ini dan juga sidang kemuncak dengan Presiden AS Donald Trump pada Jun lalu, telah berikrar untuk membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear.
Bagaimanapun, langkah susulan terhadap ikrar tersebut masih belum jelas.
Korea Utara dilihat tidak memberi sebarang isyarat untuk menyerahkan aset dan kemudahan nuklearnya secara menyeluruh, namun mminta agar sekatan ke atas negaranya dikurangkan.
North Korea telah menawarkan penghapusan ujian nuklear dan perluru berpandu tapi pada Mei tidak membenarkan pemeriksaan di satu-satunya tapak nuklear mereka yang diketahui umum, sekali gus mengundang kritikan.