Korea Selatan mansuh pengiraan umur tradisional, usia rakyat kini muda satu atau dua tahun
Astro Awani
Jun 29, 2023 19:44 MYT
Jun 29, 2023 19:44 MYT
SEOUL: Korea Selatan akan memansuhkan kaedah pengiraan umur sedia ada dan menerima pakai piawaian antarabangsa baharu yang bakal menyaksikan pengurangan umur seseorang sebanyak satu atau dua tahun pada dokumen rasmi.
Memetik laporan portal NBC News, sejak awal tahun 1960-an, negara itu menggunakan norma antarabangsa dalam pengiraan iaitu berusia setahun semasa lahir selepas mengira usia dalam kandungan.
Sebelum ini, bayi yang lahir pada 31 Disember akan berumur dua tahun keesokan harinya.
Pada Disember lalu, Korea Selatan meluluskan undang-undang untuk menghapuskan kaedah tradisional itu dan mengadapatasi piawaian antarabangsa sepenuhnya.
Mengikut semakan Akta Sivil dan Akta Am Pentadbiran Awam yang dilaksanakan, pelbagai sistem umur akan disatukan di bawah sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu pengiraan umur berdasarkan tarikh lahir.
Menteri Perundangan Lee Wan Kyu dalam satu taklimat media pada Isnin secara rasminya memaklumkan perkara itu.
Menurutnya, piawaian bersepadu itu akan digunakan di semua kawasan kehakiman dan pentadbiran.
"Tetapi ia bukan untuk tujuan kerahan tentera, pengiraan umur untuk dibenarkan minum alkohol atau merokok, atau untuk usia masuk ke sekolah," ujarnya.
Sistem umur bersepadu itu satu daripada ikrar kempen Presiden Yoon Suk Yeol.
Yoon Suk Yeol mendesak perubahan itu apabila semasa beliau bertanding jawatan tahun lepas.