Korea Selatan, Korea Utara pasang talian 'hotline' Presiden
Agensi
April 20, 2018 23:50 MYT
April 20, 2018 23:50 MYT
Korea Utara dan Korea Selatan memasang talian 'hotline' di antara pemimpin mereka bagi persiapan untuk satu persidangan menyelesaikan resolusi nuklear dengan Pyongyang.
Pejabat Presiden Korea Selatan berkata, panggilan percubaan berjaya dilakukan di antara Blue House dan Suruhanjaya Hal Ehwal Negeri Pyongyang pada Jumaat.
Pegawai Presiden Korea Selatan, Youn Kun Young mengesahkan panggilan itu berlaku ketika taklimat berita.
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bercadang untuk mengadakan perbualan telefon pertama mereka sebelum pertemuan mereka pada Jumaat depan di sempadan Panmunjom.
Talian hotline itu dikatakan bakal membantu memudahkan dialog dan mengurangkan salah faham semasa ketegangan.