Korea Selatan hormati laporan IAEA mengenai air sisa loji nuklear Fukushima

Bernama
Julai 5, 2023 17:38 MYT
Jepun merancang untuk membuang air yang digunakan untuk menyejukkan reaktor yang tidak berfungsi ke dalam laut selepas air itu ditapis dan dicairkan. -Gambar/ Twitter Bernama
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan menghormati hasil laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai perancangan Jepun untuk melupuskan air sisa loji nuklear Fukushima, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami menghormati hasil penemuan mereka," kata Timbalan Ketua Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan Korea Selatan Park Ku Yeon kepada pemberita pada Rabu.
Pada masa yang sama, Park mengumumkan bahawa hasil analisis rancangan pelupusan Korea Selatan akan dibentangkan secepat mungkin.
Jepun merancang untuk membuang air yang digunakan untuk menyejukkan reaktor yang tidak berfungsi ke dalam laut selepas air itu ditapis dan dicairkan.
-- BERNAMA
#loji nuklear #Jepun #Fukushima #Korea Selatan #IAEA
;