Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
Sinar Harian
Mac 6, 2024 19:53 MYT
Mac 6, 2024 19:53 MYT
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman selepas petugas perubatan itu meletakkan jawatan setelah tidak berpuas hati dengan pembaharuan latihan yang diperkenalkan kerajaan.
Ribuan doktor muda menyerahkan notis dan berhenti bekerja selama dua minggu bagi membantah penambahan kemasukan ke sekolah perubatan tahun depan sebagai mencukupi kekurangan permintaan masyarakat yang semakin menua.
Doktor pelatih itu telah melanggar tarikh akhir ditetapkan kerajaan pada 29 Februari untuk hadir bertugas dan mereka bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan ditahan atau lesen mereka digantung.
Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata, kerajaan telah mengenal pasti kira-kira 7,800 doktor muda yang mengingkari arahan kembali bekerja dan pegawai kerajaan akan menghantar notis mengenai pergantungan lesen mereka yang bermula Selasa.
“Sebaik sahaja pelanggaran mereka disahkan, kami akan menghantar notis awal yang bermula hari ini (Isnin),” katanya.
Sementara itu, data kerajaan mendapati walaupun amaran penggantungan dikeluarkan, masih terdapat doktor pelatih tidak kembali bekerja dalam jumlah yang besar. - Sinar Harian memetik agensi