Korea Selatan catat kematian doktor pertama akibat COVID-19
Agensi
April 3, 2020 18:21 MYT
April 3, 2020 18:21 MYT
KOREA Selatan merekodkan kematian pertama dalam kalangan petugas perubatan akibat COVID-19.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seorang doktor yang dijangkiti wabak itu meninggal dunia pada pagi Jumaat di Daegu.
Memetik laporan The Korea Herald, doktor yang berusia 60 tahun itu sebelum ini dimasukkan ke wad Hospital Universiti Kyungbook selepas dijangkiti wabak berkenaan pada 19 Mac lalu.
Mangsa dipercayai dijangkiti oleh seorang pesakit yang menerima rawatan di klinik beliau.
Namun, beberapa laporan media tempatan turut melaporkan mangsa meninggal dunia semalam selepas berada dalam keadaan kritikal.
Sehingga hari ini, Korea Selatan merekodkan kes positif COVID-19 melebihi 10,000 kes dengan 174 kes kematian.