Korea Selatan, Britain tanda tangan LOI, wujudkan perkongsian pembangunan strategik

Bernama
Mei 12, 2023 21:04 MYT
Surat itu menyeru penubuhan perkongsian pembangunan strategik dua hala di Indo-Pasifik berdasarkan nilai kebebasan, demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. - Gambar Unsplash, Reuters
SEOUL: Korea Selatan dan Britain pada Jumaat menandatangani surat hasrat (LOI) untuk mewujudkan perkongsian pembangunan strategik dua hala, menurut kementerian luar Seoul, lapor Yonhap.
LOI ditandatangani oleh Timbalan Menteri Luar Kedua Seoul Lee Do-hoon, Timbalan Menteri Kewangan Pertama Bang Ki-sun dan Anne-Marie Trevelyan, menteri negara Britain untuk Indo-Pasifik, di kementerian di Seoul.
Surat itu menyeru penubuhan perkongsian pembangunan strategik dua hala di Indo-Pasifik berdasarkan nilai kebebasan, demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka langkah kerjasama bersama dengan memberi tumpuan kepada bidang digital, iklim, alam sekitar, kesihatan awam, kerjasama sektor swasta dan wanita, menurut kementerian itu.
--BERNAMA-YONHAP
#Korea Selatan #pembangunan strategik #demokrasi #hak asasi manusia
;