Korea Selatan: 227 kedai terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Bernama
Januari 23, 2024 20:48 MYT
Januari 23, 2024 20:48 MYT
SEOUL: Sejumlah 227 kedai di pasar produk marin di barat daya Korea Selatan musnah dalam kebakaran, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Yonhap pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku pada kira-kira pukul 11.08 malam waktu tempatan pada Isnin (1408 GMT) di pasar itu, kira-kira 170 km ke selatan ibu kota Seoul.
Anggota bomba mengambil masa hampir sembilan jam untuk memadamkan api sepenuhnya berikutan angin kencang dan struktur pasar yang padat.
Pasar itu mempunyai 292 kedai. Api tidak merebak ke bangunan tambahan yang menempatkan restoran dan kedai produk pertanian.
Pihak bomba sedang menyiasat punca kejadian.
-- BERNAMA