Korban Taufan Otis Mexico meningkat hampiri 40 orang

Astro Awani
Oktober 29, 2023 07:15 MYT
Kemusnahan dilihat susulan Taufan Otis yang membadai Acapulco, Mexico pada Sabtu. - Foto AP
MEXICO CITY: Kerajaan Mexico maklumkan, angka kematian akibat Taufan Otis meningkat kepada 39 orang di Guerrero, selatan Mexico dengan 10 orang lagi dilaporkan hilang.
Suruhanjaya Elektrik Persekutuan berkata, kira-kira 80 peratus infrastruktur hotel dianggarkan telah rosak manakala perkhidmatan penting terputus.
Bekalan elektrik kepada kira-kira 55 peratus pelanggan telah dipulihkan.
Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata, kerajaan akan membantu semua penduduk Acapulco dan semua yang terjejas.
Dengan kata lain, ujar beliau, Acapulco akan dipulihkan semula.
Otis melanda pantai Guerrero pada Rabu sebagai ribut kategori lima dalam skala Saffir-Simpson, mengakibatkan kerosakan teruk terutamanya di pusat peranginan pelancongan popular Acapulco.
#taufan Otis #angka korban #hilang #bekalan elektrik
;