Korban serangan Israel di Gaza cecah 29,600 orang

Astro Awani
Februari 24, 2024 07:20 MYT
Seorang rakyat Palestin berdiri di sebuah masjid yang musnah akibat serangan tentera rejim Zionis Israel di Rafah. - Foto AP
GAZA: Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel di Gaza meningkat ke lebih 29,600 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan, tentera Israel membunuh 92 penduduk Palestin dan mencederakan 123 yang lain dalam tempoh 24 jam terakhir.
Kenyataan sama juga mendedahkan sejumlah 132 wartawan Palestin dibunuh tentera Israel sejak 7 Oktober.
Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan ia memindahkan 18 individu cedera dari kompleks Hospital Nasir di Khan Younis.
Hospital itu antara yang sudah tidak dapat beroperasi.
Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Semenanjung Gaza sebagai reaksi balas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
#angka korban #Gaza #Israel #PRCS
;