ISTANBUL: Seramai 20 orang disahkan terbunuh manakala lapan lagi masih hilang dalam kejadian runtuhan salji di wilayah Tibet selatan China, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa.
Kejadian berlaku di susur keluar terowong Doxong La di lebuh raya yang menghubungkan Medog dengan kampung Pai di daerah Mainling Nyingchi di Wilayah Autonomi Tibet barat daya China pada Selasa.
Menurut laporan China Global Times, usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dengan lebih ramai anggota kecemasan dan sukarelawan tiba di lokasi kejadian manakala sebuah terowong berjaya dibina untuk memudahkan usaha misi mengesan mangsa yang mungkin masih selamat.
Biro keselamatan awam di daerah Medog di Nyingchi menerima panggilan kecemasan kita 7.50 malam (waktu tempatan) pada Selasa.
Pihak berkuasa tempatan telah menghantar 131 anggota dan 28 kenderaan serta sekumpulan pasukan petugas dari Kementerian Pengurusan Kecemasan Negara ke tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Pihak berkuasa tempatan telah menghantar 131 anggota dan 28 kenderaan serta sekumpulan pasukan petugas dari Kementerian Pengurusan Kecemasan Negara ke tempat kejadian. - Gambar/ Reuters
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Turkiye
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
Dua peluncur ski maut runtuhan salji di Itali
Menurut polis sempadan Itali di stesen Courmayeur, mangsa yang meninggal dunia disahkan warga Itali.