Korban letupan di masjid Afghanistan meningkat kepada 47 mangsa
Astro Awani
Oktober 15, 2021 07:35 MYT
Oktober 15, 2021 07:35 MYT
KABUL: Korban serangan bunuh diri di sebuah masjid di Afghanistan meningkat kepada 47 nyawa.
Sementara itu lebih 70 mangsa yang lain cedera, dengan ada di antaranya parah.
Serangan di Masjid Fatimiya, Kandahar itu dilakukan ketika jemaah berada di dalam masjid untuk solat Jumaat.
Tragedi berlaku tepat seminggu selepas serangan bom bunuh diri di sebuah masjid syiah di utara kota Kunduz, juga ketika solat Jumaat, yang mana kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab.
Menurut saksi yang berada di dalam masjid ketika serangan, empat letupan kedengaran yang mana masing-masing dua di luar dan di dalam masjid.
Pegawai keselamatan masjid itu mendakwa serangan dilakukan dua pengebom bunuh diri.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.