Korban letupan di balai polis di Pakistan meningkat kepada 16 orang
Bernama
April 25, 2023 17:17 MYT
April 25, 2023 17:17 MYT
MOSCOW: Angka kematian dalam kejadian letupan pada Isnin lalu, di sebuah balai polis di bandar Kabal di Pakistan meningkat kepada 16 orang, manakala jumlah mereka yang cedera mencecah lebih 55 orang, lapor Sputnik memetik media Pakistan pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan letupan itu telah meragut 10 nyawa dan mencederakan lebih 55 orang, lapor Xinhua.
Lapan mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan seorang daripada mereka telah dipindahkan ke hospital di wilayah Peshawar, lapor Radio Pakistan, memetik pihak berkuasa tempatan.
Letupan berkembar pada petang Isnin di balai polis di Kabal itu turut menyebabkan bangunan balai berkenaan runtuh.
Polis mengesahkan bahawa letupan berlaku di tempat penyimpanan peluru dan mortar namun, puncanya masih disiasat.
-- BERNAMA