Korban kondominium runtuh di Miami meningkat kepada 78
Astro Awani
Julai 9, 2021 06:01 MYT
Julai 9, 2021 06:01 MYT
MIAMI: Angka kematian insiden kondominium runtuh di Miami, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 78 orang.
Sejumlah 62 mangsa masih belum ditemukan.
Datuk Bandar Miami-Dade Daniella Levine Cava berkata usaha mengeluarkan mangsa yang masuk hari ke 16 itu dipercepatkan.
"Ini adalah jumlah mengejutkan dan memilukan yang amat memberi kesan kepada kita semua," kata Cava.
Tiada mangsa ditemukan terselamat dalam insiden awal pagi 25 Jun itu.
Pasukan pencarian kini terpakasa menerima hakikat bahawa tiada harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan kondominium Champlain Towers South di Surfside itu.
Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung kejadian runtuhan bangunan kediaman tersebut.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya enam tuntutan mahkamah telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa.
#kondominium runtuh
#Champlain Towers South
#Miami
#Florida
#Daniella Levine Cava
#mangsa terselamat
#bangunan runtuh