Korban kebakaran Greece cecah 81 orang

Sinar Harian
Julai 26, 2018 19:05 MYT
Pasukan bomba dan sukarelawan cuba memadam api yang semakin merebak di kawasan Kineta, berhampiran Athens. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 81 orang maut berikutan kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Athens, kata pihak berkuasa Greece.
Pasukan penyelamat dilaporkan menyerbu masuk kediaman penduduk dan kereta yang terbakar bagi menyelamatkan mangsa.
Angin dengan kekuatan 100 kilometer sejam turut menjadi punca kebakaran semakin merebak hingga memusnahkan hutan dan ratusan bangunan.
Jumlah penduduk tempatan dan pelancong yang melarikan diri ke laut turut meningkat bagi mengelak kebakaran yang memusnahkan bandar dan kawasan perkampungan berhampiran Athens.
Tragedi berkenaan memaksa Perdana Menteri, Alexis Tsipras memendekkan lawatannya ke Bosnia, dan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.
#Alexis Tsipras #angin #Athens #berkabung #Greece #kebakaran hutan #maut #tragedi
;