Korban kebakaran depoh bahan api di Jakarta meningkat kepada 19 orang

Bernama
Mac 5, 2023 21:00 MYT
Kebakaran besar itu turut memusnahkan kediaman yang berhampiran depoh yang terletak di daerah berpenduduk padat di Jakarta Utara itu. - Gambar fail REUTERS
JAKARTA: Angka kematian akibat kebakaran besar di sebuah depoh bahan api di Indonesia meningkat kepada 19 orang pada Ahad, dengan tiga lagi masih hilang, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Sekurang-kurangnya 35 orang melecur teruk, menurut data di pos kecemasan yang ditubuhkan selepas kebakaran itu.
Kebakaran besar itu turut memusnahkan kediaman yang berhampiran depoh milik syarikat Pertamina yang terletak di daerah berpenduduk padat di Jakarta Utara.
Punca letupan masih dalam siasatan, tetapi Pertamina berkata ia berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran pada saluran paip.
BACA: Depoh simpanan minyak terbakar: 17 maut, 50 melecur
Kebakaran | Jumlah korban meningkat kepada 19 orang, tiga masih hilang
-- BERNAMA
#depoh bahan api terbakar #Indonesia #Pertamina #letupan