Korban gempa di Turki meningkat kepada 39
Astro Awani
Oktober 31, 2020 06:49 MYT
Oktober 31, 2020 06:49 MYT
ANKARA: Gempa bumi yang melanda bandar Izmir di Turki pada Sabtu setakat ini dilapor telah mengorbankan 39 nyawa.
Portal Ahvalnews.com melaporkan sejumlah 885 yang lain cedera di Izmir dan tiga lagi wilayah.
Kerajaan Turki telah menyalurkan bantuan berjumlah 24 million lira (kira-kira RM12 juta) ke wilayah Aegean yang terjejas.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan berkata lebih banyak bantuan akan diberikan mengikut keperluan, antaranya kediaman sementara kepada penduduk yang terkesan dengan bencana itu.
GALERI FOTO: Gempa kuat gegar Turki dan Greece
Gempa kuat berukuran 7.0 magnitud itu dikesan di perairan Aegean dan utara Greece pada petang Jumaat.
Gegaran itu dirasai di Athens dan Bulgaria.
Ratusan gempa susulan turut dilaporkan berlaku.
Kejadian itu turut memberi cabaran besar kepada kerajaan pimpinan Erdogan ketika negara itu berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan pandemik COVID-19.
Gempa bumi melanda kawasan itu pada jam 2.51 petang (waktu tempatan) dan berpusat di Aegean di timur laut Samos.