Korban gempa bumi Jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang
Bernama
Januari 11, 2024 13:39 MYT
Januari 11, 2024 13:39 MYT
TOKYO: Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Sejumlah 52 orang masih belum ditemukan manakala sekurang-kurangnya 567 lagi cedera, menurut penyiar NHK.
Sebanyak 98 kematian dilaporkan di Suzu manakala di Wajima seramai 83 orang dilaporkan terkorban, Anamizu (20) Nanao (lima), Noto (empat), Shika (dua) dan di Hakui (satu).
Selain itu, kerajaan wilayah berkenaan mengesahkan lapan kematian berkaitan bencana turut dilaporkan iaitu mangsa terselamat daripada gempa bumi tetapi meninggal dunia akibat kecederaan atau penyakit disebabkan tekanan fizikal dan mental selepas bencana.
-- BERNAMA