Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang

Bernama
April 30, 2023 12:20 MYT
12 daripada 18 negeri di Sudan telah menyaksikan pertempuran antara dua musuh yang bertelagah itu. - Fail/REUTERS
KHARTOUM: Jumlah korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.
Sementara itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kementerian itu, 12 daripada 18 negeri di Sudan telah menyaksikan pertempuran antara dua musuh yang bertelagah itu.
Pertempuran terbaharu meletus pada Sabtu walaupun gencatan senjata selama tiga hari.
RSF dalam satu kenyataan mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera di Omdurman.
Angkatan Tentera Sudan belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu.
Beribu-ribu orang termasuk warga asing telah meninggalkan Sudan sejak tercetusnya keganasan.
-- BERNAMA
#konflik Sudan #angka korban #Angkatan Tentera Sudan #Rapid Support Forces
;