Korban di Gaza meningkat kepada 30 nyawa

AFP
November 17, 2012 15:05 MYT
Serangan semalaman tentera Israel di Gaza membunuh enam lagi penduduk Palestin, sekaligus menjadikan jumlah korban sepanjang dua hari lalu kepada 30 nyawa, manakala 280 yang lain cedera.
"Jumlah korban kini meningkat kepada 30 orang, manakala 280 yang lain cedera. Yang terbunuh termasuk Ayman Rafiq Selim yang cedera sebelum ini," kata jurucakap pergerakan Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan.
Selim adalah salah seorang anggota sayap bersenjata Palestin, Al-Quds.
Pergerakan itu turut mengumumkan seorang rakyat Palestin dan dua lagi cedera parah apabila kereta mereka terkena bedilan tentera Israel.
Serangan berasingan turut mengorbankan empat yang lain.
Dalam pada itu serangan udara rejim Israel berterusan hari ini dengan ibu pejabat Hamas di Gaza antara yang menjadi sasaran.
Sejak seorang pemimpin kanan dari cabang bersenjata Hamas terbunuh, sejumlah roket telah dilancarkan dari Gaza.
Serangan roket turut mengena selatan Tel Aviv, mengorbankan tiga tentera rejim dan mencederakan 16 yang lain.
#Al-Quds #Gaza #Israel #Palestin #rejim #serangan udara #Tel Aviv
;