Korban COVID-19 seluruh dunia melebihi 263,000

Astro Awani
Mei 6, 2020 06:58 MYT
Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.
Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 263,000 kes.
Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian.
United Kingdom telah mengatasi Itali sebagai negara kedua mencatatkan kematian tertinggi dengan menghampiri 30,150 kes.
Itali pula menghampiri 30,000 kes, manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing melebihi 25,000 kematian.
#Amerika Syarikat #angka korban #AS #COVID-19 #kematian tertinggi #kes jangkitan #koronavirus #United Kingdom
;