Korban COVID-19 di seluruh dunia cecah 1 juta

Hafizi Rosli
September 29, 2020 09:55 MYT
Angka korban COVID-19 kini mencecah angka 1 juta kes. -Gambar fail
ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 kini mencecah angka 1 juta.
Statistik John Hopkins University mendedahkan jumlah kumulatif kematian global akibat penyakit itu kini melebihi 1,000,555 orang.
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 205,031 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 142,058 kes diikuti India dengan 95,542 kematian.
India menduduki tangga pertama kes korban di Asia.
Mexico dan United Kingdom masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima dengan 74,430 dan 42,090 kes.
Lain-lain negara mencatatkan rekod kurang dari 40,000 kes termasuk Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol.
Indonesia menjadi negara tertinggi catat kes korban COVID-19 dengan 10,473 kes dan kini di tangga ke-17 korban dunia.
#COVID19 #COVID-19 #pandemik #koronavirus #virus #sepanyol #Amerika Syarikat #Indonesia #Brazil #Asia #United Kingdom #Itali #Mexico #AS #India #korban
;