Korban banjir lumpur di Jepun meningkat kepada tiga, 113 masih hilang

Astro Awani
Julai 5, 2021 09:22 MYT
Sekurang-kurangnya tiga mangsa menjadi korban kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang memusnahkan kira-kira 130 bangunan termasuk kediaman. -AP
ATAMI: Sekurang-kurangnya tiga mangsa ditemui mati dan lebih 100 yang lain belum ditemukan dalam insiden tanah runtuh dan banjir lumpur di Atami, Jepun.
Mangsa terbaharu, seorang wanita yang tidak dinyatakan usianya yang ditemui dan disahkan meninggal dunia.
Ini menjadikan jumlah korban terbaharu seramai tiga orang dengan 113 yang lain masih hilang.
Seramai 19 mangsa diselamatkan pada Ahad.
Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan beberapa hari sebelumnya.
Ia menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur yang memusnahkan kira-kira 130 bangunan termasuk kediaman.
#tanah runtuh #banjir lumpur #Atami #Jepun #mangsa wanita #hujan lebat #kediaman musnah
;