Korban bangunan runtuh di Dhaka cecah 400 nyawa
Astro Awani
April 29, 2013 21:05 MYT
April 29, 2013 21:05 MYT
Korban hari keenam kejadian bangunan kilang pakaian runtuh di Dhaka, Bangladesh mencecah 400 nyawa.
Selepas hampir seminggu harapan untuk menemui mangsa yang terselamat juga semakin tipis.
Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki fasa kedua, menyaksikan lebih banyak mayat dibawa keluar dari sisa runtuhan.
Orang awam dan sukarelawan dilarang sama sekali memasuki kawasan bencana.
Manakala tentera dan jentera berat digunakan untuk menggali serta menebuk konkrit.
Sebelum itu, pada Ahad usaha mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan selepas berlaku kebakaran.
Ia dipercayai berpunca daripada percikan api ketika kerja-kerja memotong besi untuk mengeluar seorang wanita yang terperangkap.
Tiga anggota penyelamat cedera akibat kebakaran manakala mangsa gagal diselamatkan.