Korban akibat siklon di Brazil meningkat kepada 36 orang

Bernama
September 7, 2023 14:35 MYT
Pemandangan dari atas situasi banjir dan kerosakan selepas siklon melanda bandar-bandar selatan di Venancio Aires, Rio Grande do Sul state, Brazil, 5 September 2023. -Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Angka korban akibat siklon yang melanda Rio Grande do Sul di selatan Brazil pada Isnin, meningkat kepada 36 orang, lapor Sputnik memetik portal berita Brazil G1 pada Rabu.
Terdahulu, media melaporkan 31 orang maut akibat siklon itu.
Siklon itu terbentuk pada malam Isnin dan membawa angin kencang serta hujan lebat, mencetuskan banjir dan limpahan air sungai.
Hampir 3,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka, manakala sebanyak 66 bandar terjejas.
-- BERNAMA
#Brazil #Rio Grande do Sul #siklon #banjir dan limpahan air sungai
;