Korban akibat puting beliung di Kentucky, AS mungkin cecah 100 orang

Bernama
Disember 12, 2021 07:53 MYT
Seramai 181 pengawal negara telah dikerahkan ke zon terjejas untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan.- Foto REUTERS
ANKARA: Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu, Andy Beshear.
Beliau berkata kawasan itu seperti sudah "hancur, menyaksikan Mayfield antara bandar paling teruk terjejas.
Bencana itu turut menyebabkan bumbung sebuah kilang lilin roboh mengakibatkan banyak kematian, katanya lapor Anadolu.
Terdahulu, beliau berkata sekurang-kurangnya 50 orang dipercayai maut akibat puting beliung itu.
Sementara itu, Beshear mengisytiharkan darurat dan meminta Presiden untuk mengumumkan darurat persekutuan dengan segera.
Menurut gabenor, seramai 181 pengawal negara telah dikerahkan ke zon terjejas untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan.
-- BERNAMA
#angka korban #puting beliung #Kentucky #Amerika Syarikat