Konsert sulung Adam Lambert di Vietnam

Astro Awani
Januari 6, 2013 15:29 MYT
Pertama kali mengadakan konsert di Vietnam, Adam Lambert berjaya menghimpunkan lebih lima ribu peminat. Konsert tersebut berlangsung di Stadium Tertutup Ho Chi Minh.
Walaupun pertama kali di Vietnam, ia bukanlah lokasi konsert yang pertama di Asia buat Lambert. Dia pernah ke beberapa destinasi lain, termasuk Hong Kong dan Malaysia pada tahun 2011.
Dia membuka persembahan dengan single "If I Had You” sebelum menyampaikan lagu-lagu lain antaranya “What Do You Want From Me", "Cookoo" dan "Never Close Our Eyes".
Konsert itu merupakan sebahagian dari jelajah "H-Artistry” yang membawakan barisan artis dari pelbagai genre ke kota Asia. Bandar Ho Chi Minh menjadi destinasi pertama untuk tahun ini.
#Adam Lambert #Ho Chi Minh #Vietnam
;