Konjunktivitis: Malawi larang penduduk bersalaman

Bernama
Mac 1, 2024 14:35 MYT
Kementerian Kesihatan Malawi pada Khamis mengarahkan orang ramai untuk berhenti bersalaman bagi mengelak penularan konjunktivitis.- Gambar hiasan
LILONGWE: Kementerian Kesihatan Malawi pada Khamis mengarahkan orang ramai untuk berhenti bersalaman bagi mengelak penularan konjunktivitis.
Perintah itu dikeluarkan selepas Malawi mencatatkan lebih 370 kes penyakit berkenaan sejak Januari, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Khumbize Kandodo Chiponda berkata wabak itu yang kali pertama dilaporkan di daerah sempadan utara Karonga kini telah merebak ke daerah lain.
Menurut beliau, penyakit itu yang lebih dikenali sebagai mata merah jambu mudah merebak kerana orang ramai kurang menitikberatkan kebersihan.
-- BERNAMA
#konjunktivitis #Mali #sakit mata #dilarang bersalam
;