Kongres Amerika lulus pelan elak tebing fiskal

Astro Awani
Januari 2, 2013 16:09 MYT
Perkembangan terkini tebing fiskal Amerika, kongres Amerika meluluskan pelan untuk mengelak tebing fiskal daripada berlaku.
Undang-undang berkenaan mendapat 257 sokongan Dewan Perwakilan berbanding 167 menentang.
Ini memberikan presiden Amerika Barack Obama satu kejayaan dua bulan selepas dilantik semula ke jawatan itu.
Pakar ekonomi sebelum ini menjangkakan sebarang kegagalan mencapai persetujuan akan mengakibatkan kemelesetan di Amerika.
Antara perincian termasuk peningkatan cukai kepada individu dengan pendapatan US$400 ribu setahun ke atas.
Rang undang-undang berkenaan kini menunggu kelulusan daripada Presiden Amerika Barack Obama.
#Amerika Syarikat #Barack Obama #fiskal #tebing fiskal
;