Konfrontasi Rusia: Putin dakwa AS dan NATO tidak layan tuntutan Rusia

Astro Awani
Januari 29, 2022 12:00 MYT
Putin akui, Moscow terbuka untuk terus berunding. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Presiden Vladimir Putin dakwa Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak menangani tuntutan keselamatan utama Rusia, berhubung pertikaian dengan Ukraine.
Namun Putin akui, Moscow terbuka untuk terus berunding.
Ini adalah kenyataan rasmi pertama Putin terhadap tindak balas Amerika Syarikat dan NATO berkaitan tuntutan Kremlin.
Rusia sebelum ini menyatakan kebimbangan dengan perluasan NATO di timur Eropah, serta tindakan mengerah senjata berat berhampiran sempadan Rusia.
Ia menuntut NATO kembali mematuhi kemampuan ketenteraan dan infrastrukturnya sebelum Perjanjian Warsaw.
Amerika Syarikat sebelum ini beri amaran Rusia berdepan sekatan ekonomi ketat sekiranya ia menyerang Ukraine.
Sekatan ini akan menambah sekatan sedia ada selepas pencerobohan wilayah Crimea oleh Rusia pada 2014.
#Vladimir Putin #NATO #Amerika Syarikat #Ukraine
;