Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
Agensi
Disember 8, 2024 13:45 MYT
Disember 8, 2024 13:45 MYT
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Bandar itu kini berada di bawah kawalan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang didominasi oleh Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat (AS), selepas tentera kerajaan berundur awal minggu ini.
Dalam pada itu, kawasan timur Syria itu juga menempatkan sekitar 900 anggota tentera AS manakala Sungai Euphrates menjadi sempadan de facto pengaruh Angkatan Demokratik Syria (SDF).
Namun begitu, masih tidak jelas sama ada pihak pembebas akan melancarkan serangan ke arah bandar tersebut atau ke timur, yang berpotensi membawa mereka kepada konfrontasi langsung dengan tentera AS dan sekutu mereka.
Kejatuhan Homs memberikan pemberontak kawalan penuh ke atas kawasan strategik Syria dan persimpangan lebuh raya utama, memisahkan Damsyik dari kawasan pantai yang juga kubu kuat Alawit Assad dan di mana sekutunya, Russia mempunyai pangkalan tentera laut dan udara.
Penaklukan Homs juga menjadi simbol kuat bagi kebangkitan dramatik gerakan pemberontak dalam konflik 13 tahun itu.