Konflik Syria jadi tumpuan perbincangan G7

Agensi
April 11, 2017 05:43 MYT
Mesyuarat tersebut membabitkan menteri luar Itali, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Kanada. - Foto REUTERS
Konflik di Syria menjadi tumpuan dalam perbincangan sesi meja bulat pertama Kumpulan Tujuh Menteri-Menteri Luar (G7) di Itali pada Isnin.
Kumpulan pemimpin itu antara lain menggesa agar Rusia menghentikan sokongannya terhadap presiden Syria, Bashar al-Assad.
Mesyuarat yang membabitkan menteri luar Itali, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Kanada bertujuan menghantar mesej jelas kepada Rusia demi keamanan di Syria.
Menurut setiausaha luar Britain, Boris Johnson kumpulan itu juga akan membincangkan mengenai sekatan baru ke atas tentera Syria dan juga tentera Rusia yang bertanggungjawab di Syria.
#G7 #Itali #Syria #tujuh menteri luar