Konflik Syria: Dua maut, 18 cedera dalam letupan

Astro Awani
September 29, 2021 08:35 MYT
Letupan dipercayai berlaku berikutan sebuah motosikal melanggar bahan letupan. - Foto AP
SEKURANG-kurangnya dua maut dan 18 yang lain cedera dalam dua letupan di utara Syria pada Selasa.
Letupan berkenaan didakwa didalangi puak penentang yang disokong Turki.
Letupan dipercayai berlaku berikutan sebuah motosikal telah melanggar bahan letupan.
Pertahanan Awam Syria mendakwa, kejadian di bandar Jarablus itu turut mencederakan empat kanak-kanak dan dua wanita.
Konflik Syria tercetus sejak Mac 2011, menyebabkan ratusan ribu menjadi korban dan menyaksikan 23 juta penduduk menderita hilang tempat tinggal.
Ia termasuk lima juta penduduk menjadi pelarian ke negara lain.
Minggu lalu, Ketua Hak Asasi Manusia PBB Michelle Bachelet mendedahkan, lebih 350,000 korban direkodkan termasuk orang awam dan pejuang dalam perang saudara di Syria.
Namun, dakwanya, jumlah sebenar adalah lebih tinggi.
#Syria #letupan #motosikal
;