Konflik Rusia-Ukraine: 167 kanak-kanak terbunuh setakat ini

Bernama
April 6, 2022 18:56 MYT
Lebih 4.24 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara lain dengan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal. - Gambar fail/AP
KYIV: Sekurang-kurangnya 167 kanak-kanak terbunuh dan 279 lagi cedera sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine pada 24 Feb, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Ukraine pada Rabu.
Selain itu, sebanyak 927 kemudahan pendidikan rosak dengan 83 daripadanya musnah sama sekali, lapor Agensi Anadolu.
Konflik Rusia-Ukraine mencetuskan kemarahan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mengenakan sekatan kewangan ke atas Moscow.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 1,480 orang awam terbunuh di Ukraine dan 2,195 lagi cedera, manakala lebih 4.24 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara lain, dengan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
#konflik Rusia-Ukraine #kanak-kanak terbunuh #Pejabat Pendakwa Raya Ukraine #Kesatuan Eropah
;