Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Agensi
Februari 28, 2019 12:38 MYT
Februari 28, 2019 12:38 MYT
THAI Airways membatalkan berpuluh penerbangan ke Eropah selepas Pakistan menutup ruang udara negara itu ditengah-tengah ketegangan hubungan dengan jirannya, India.
Pembatalan itu susulan pesawat ke Eropah perlu melalui ruang udara Pakistan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.
Selain itu semua penerbangan dari dan ke Pakistan turut dibatalkan.
Bukan hanya Thai Airways, penerbangan antarabangsa lain termasuk Emirates dan Qatar Airways turut mengantung penerbangan mereka ke Pakistan pada Rabu.
Dalam perkembangan yang sama, Singapore Airlines, dan British Airways juga menukar laluan mereka.
Menurut Singapore Airlines, penerbangan syarikat itu ke Eropah akan kekal seperti biasa namun laluan akan ditukar serta tidak akan berhenti untuk mengisi minyak.
Manakala Malaysia Airlines pula tidak melalui ruang udara Pakistan untuk laluan ke Eropah.
#Batal penerbangan
#Batal penerbangan ke Pakistan
#British Airways
#Emirates
#India
#Ketegangan hubungan Pakistan India
#konflik Pakistan India
#Malaysia Airlines
#Pakistan
#Pakistan tutup ruang udara
#Perang Pakistan India
#Qatar Airways
#Singapore Airlines