Konflik Myanmar: Wakil ASEAN adakan rundingan dengan junta
Astro Awani
Jun 4, 2021 06:54 MYT
Jun 4, 2021 06:54 MYT
WAKIL Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bertemu pemimpin junta Myanmar, Min Aun Hlaing pada Jumaat.
Pertemuan itu berlangsung selepas enam minggu sidang kemuncak wilayah darurat mengenai krisis yang berlaku di negara itu berikutan rampasan kuasa ketenteraannya.
Rundingan terakhir menjanjikan penyelesaian namun tidak menunjukkan hasil.
Awal minggu ini, seorang diplomat Indonesia mengatakan, tujuan delegasi itu adalah untuk mendapatkan persetujuan Myanmar untuk ASEAN mengimbangi krisis ini.
Jurucakap kerajaan Perpaduan Nasional Dr Sa Sa berkata, suara rakyat Myanmar mesti didengari semasa rundingan mengenai masa depan negara itu.
Pelantikan utusan ASEAN adalah salah satu daripada lima perkara yang dipersetujui dalam Sidang Kemuncak Serantau di Jakarta April lalu.
ASEAN merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Brunei mengetuai rundingan dengan junta Myanmar kerana memegang jawatan ketua pada tahun ini secara bergilir.