Konflik Myanmar: PBB desak junta tentera bebaskan Suu Kyi
Astro Awani
Julai 2, 2021 09:02 MYT
Julai 2, 2021 09:02 MYT
SETIAUSAHA AGUNG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mendesak junta tentera Myanmar membebaskan pemimpin dipilih, Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint.
Desakan itu dibuat selepas ribuan tahanan dibebaskan pada Rabu.
Dilaporkan seramai 2,000 tahanan dibebaskan junta pada Rabu dan antara mereka adalah wartawan.
Lapor media tempatan, sebilangan besar individu ini ditahan atas tuduhan menghasut kerana mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan.
Sejumlah besar mereka yang menetang tentera turut ditahan, terdapat juga sebilangan yang sudah dihukum di bawah undang-undang jenayah.
Myanmar ketika ini berdepan konflik dan ketidaktentuan politik berikutan rampasan kuasa pada awal Februari lalu.