Konflik Myanmar: PBB beri amaran 'perang saudara skala penuh' boleh tercetus

Astro Awani
Ogos 11, 2021 10:32 MYT
Pertempuran di antara tentera dan pasukan pertahanan tempatan yang berterusan akan menyebabkan rakyat dalam ketakutan dan menderita, serta tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara. -Gambar fail
NAYPYITAW: Wakil khas PBB ke Myanmar beri amaran negara itu berisiko terjerumus dalam perang saudara skala besar jika tiada usaha digerakkan untuk menamatkan konflik.
Pertempuran di antara tentera dan pasukan pertahanan tempatan yang berterusan akan menyebabkan rakyat dalam ketakutan dan menderita, serta tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara.
"Kita dapat saksikan banyak keganasan berlaku di lapangan. Rakyat hidup dalam ketakutan dengan skala keganasan yang semakin meningkat oleh anggota tentera.
"Pihak militia juga menggunakan banyak senjata yang bukan buatan sendiri.
"Jadi saya berharap suatu dialog akan berlaku untuk mengelakkan perang saudara berskala penuh tercetus."
Bank Dunia juga sebelum ini meramalkan penurunan Keluaran Dalam Negara K (KDNK) sebanyak 18 peratus tahun ini.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa juga meramalkan 2.2 juta pekerjaan hilang sejak Januari.
Selain itu, Myanmar juga berdepan gelombang ketiga COVID-19 yang kritikal dengan lebih daripada 333,000 kes dilaporkan.
Selama lima dekad, Myanmar mengalami kemerosotan di bawah pentadbiran junta tentera.
Dengan pentadbiran junta, banyak pengasingan dan sekatan antarabangsa dikenakan ke atas negara itu.
Ketika kebangkitan Aung San Suu Kyi pada pemilihan 2015, pelbagai sekatan dilonggarkan justeru industri pelaburan antarabangsa berkembang di negara itu.
Namun rampasan kuasa pada 1 Februari lalu memberi beri impak terutama kepada hak demokrasi rakyat Myanmar.
#Aung San Suu Kyi #Keluaran Dalam Negara Kasar #COVID-19 #Myanmar #PBB #KDNK #pelaburan #GDP
;