Konflik Jammu/Kashmir: Pakistan henti perkhidmatan kereta api ke India
Astro Awani
Ogos 8, 2019 05:44 MYT
Ogos 8, 2019 05:44 MYT
Pakistan menghentikan perkhidmatan kereta api ke India dan mengharamkan filem dari negara itu ketika ia meningkatkan tekanan diplomatik ke atas New Delhi kerana melucutkan status khas Kashmir.
Kerajaan pimpinan perdana menteri Narendra Modi minggu ini menarik balik hak Jammu dan Kashmir yang majoriti Islam untuk merangka undang-undangnya sendiri.
India turut membenarkan orang luar rantau itu membeli hartanah di sana dalam cubaan mengukuhkan cengkaman di rantau bertelingkah berkenaan.
Kashmir masih terputus hubungan hari ini dengan perkhidmatan telefon mudah alih dan internet digantung sejak Ahad lalu manakala kira-kira 560 ahli politik dan aktivis ditahan bagi menghalang protes.
Pemimpin Kashmir memberi amaran untuk menentang tindakan India manakala Pakistan yang turut menuntut wilayah itu berikrar memperjuangkan hak penduduk yang tinggal di sana.
India berkata menukar status Kashmir adalah isu dalaman negara itu dan menyasar membangunkan rantau berkenaan.
Ia menggesa Pakistan menimbang semula keputusan menurunkan hubungan diplomatik.
#haramkan filem India
#Jammu
#Kashmir
#kereta api
#Narendra Modi
#rangka undang-undang
#rantau bertelingkah