Konflik di Myanmar: Junta dijangka guna kekerasan lerai tunjuk perasaan
Astro Awani
Februari 14, 2021 06:40 MYT
Februari 14, 2021 06:40 MYT
MYANMAR: Situasi di Myanmar dijangka memasuki fasa kritikal.
Ini susulan jangkaan junta akan menggunakan kekerasan bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang masuk hari kesepuluh.
Berdasarkan pemerhatian media antarabangsa, junta semakin meningkatkan kehadiran pasukan di bandar-bandar utama, termasuk Yangon.
Perkhidmatan internet pula dihentikan sepenuhnya.
Kedutaan asing meminta junta mengelak daripada menggunakan kekerasan ke atas kumpulan protes.
Ini dinyatakan menerusi satu kenyataan bersama ditandatangani oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Rampasan kuasa junta 1 Februari lalu, menumbangkan kerajaan awam yang dipimpin Aung San Suu kyi.
Suu Kyi kini menjalani tahanan di rumah.
Selain Suu Kyi, turut ditahan adalah barisan pemimpin kerajaan dan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) serta aktivis lain.
Sementara itu, media melaporkan anggota tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan, dalam protes di Kachin.
Lima wartawan antara yang ditahan.
#Situasi di Myanmar
#fasa kritikal
#tunjuk perasaan
#Yangon
#Kesatuan Eropah
#EU
#rampasan kuasa
#Junta