MOSCOW: Jurucakap Kementerian Luar Armenia Ani Badalyan mengesahkan pada Selasa bahawa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung situasi di wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan akan diadakan pada 21 Sept.
"Armenia menghantar surat kepada Majlis Keselamatan PBB, selari dengan Perancis, meminta mesyuarat tergempar mengenai pencerobohan tentera berskala besar Azerbaijan terhadap rakyat Nagorno-Karabakh. Mesyuarat akan diadakan pada 21 Sept. Kecaman yang jelas dan tindakan sewajarnya diperlukan segera," Kata Badalyan di X.
Seorang sumber PBB memberitahu Sputnik pada awal Selasa bahawa mesyuarat UNSC mengenai situasi di rantau itu dijadualkan pada 21 Sept.
Pada Selasa, Kementerian Pertahanan Azerbaijan berkata tenteranya melancarkan "aktiviti antipengganas peringkat tempatan" di Nagorno-Karabakh bertujuan memulihkan ketertiban perlembagaan.
Ia juga berkata tentera Azerbaijan hanya menyasarkan objek ketenteraan di Nagorno-Karabakh, manakala media Armenia melaporkan banyak korban dalam kalangan penduduk awam Nagorno-Karabakh akibat serangan itu.
Azerbaijan dan Armenia telah berperang dalam dua peperangan ke atas Nagorno-Karabakh, sebuah kawasan pergunungan di antara kedua-dua negara, yang sedang mencari kemerdekaan daripada Baku.
Konflik selama beberapa dekad itu kembali meletus pada musim luruh 2020, menandakan peningkatan terburuk sejak 1990-an.
Peperangan berakhir dengan gencatan senjata yang diusahakan oleh Rusia dan penempatan pasukan pengaman Rusia ke rantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Azerbaijan dan Armenia telah berperang dalam dua peperangan ke atas Nagorno-Karabakh, sebuah kawasan pergunungan di antara kedua-dua negara, yang sedang mencari kemerdekaan daripada Baku. - Gambar fail/ Reuters

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.

Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.

Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.

Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.

Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.

Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.

Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.

Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.

Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.

Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.