Konflik Azerbaijan-Armenia: Sekurang-kurangnya 32 maut di Nagorno-Karabakh
Bernama
September 20, 2023 18:20 MYT
September 20, 2023 18:20 MYT
YEREVAN: Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala lebih 200 cedera dalam peningkatan konflik yang berterusan di Nagorno-Karabakh, Sputnik memetik laporan agensi berita kerajaan Armenia Armenpress pada Rabu.
Pada Selasa, Baku mengumumkan pelancaran "aktiviti antipengganas peringkat tempatan" di Nagorno-Karabakh bertujuan untuk "memulihkan perlembagaan".
Pihaknya mendakwa tentera Azerbaijan hanya menyasarkan objek ketenteraan di Nagorno-Karabakh, manakala media Armenia melaporkan korban dalam kalangan orang awam meningkat akibat daripada serangan itu.
Tujuh daripada mereka yang terbunuh, termasuk dua kanak-kanak, manakala 35 cedera, termasuk 13 kanak-kanak, adalah orang awam.
-- BERNAMA